Salam sejahtera, semenjak kehilangan MH370 media massa tidak henti-henti memaklumkan perkembangan terbaru dari masa ke semasa.
Namun begitu, sehingga ke hari ini tiada bukti fizikal daripada MH370 yang ditemui.
Benarkah MH370 terhempas di Lautan Hindi? Tiada seorang saksi pun yang melihat sendiri dengan kedua-dua biji mata bagi membuktikannya.
Hambe malas hendak mengulas balik rentetan peristiwa kehilangan MH370 nie. Hambe pun tidak puas hati selagi MH370 tidak ditemui sepertimana anda semua.
Tetapi kehilangan MH370 nie...........merupakan kehilangan yang penuh dengan misteri dan pelbagai spekulasi timbul dari mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Tetapi, apa yang hambe cukup-cukup pasti DALANG dibalik peristiwa ini amat pandai mengatur langkah dan merancang strategi serta pandai berlakon bagi menyembunyikan kesalahan diri.
Hambe menolak sama sekali juruterbang dipersalahkan dalam kejadian ini. Sebab itu timbul banyak persoalan yang bermain-main difikiran hambe, antaranya:
1.Kenapa pesawat MH370 atau 9M-MRO dipilih bukan yang lain? Adakah kerana pesawat ini milik MAS atau kerana teknologi dan kecanggihan pesawat dari yang lain. Kenapa tidak pesawat AirAsia atau yang lain. Apa istimewa MH370? Mungkinkah kerana penumpang di dalamnya ramai rakyat China atau barang yang dibawa oleh pesawat ini untuk dihantar ke China. Kalau kerana rakyat China, adakah ada agen-agen perisikan China di dalamnya yang cuba balik ke China bagi menyampiakn maklumat sulit. Atau mahu meregangkan hubungan Malaysia dan China yang sudah sekian lama terjalin dengan kehilangan rakyat China yang ramai. Atau saja-saja, untuk menghuru-harakan Malaysia dan saja hendak menguji Malaysia.
2. Siapakah dua orang penumpang misteri yang menggunakan passport curi? Adakah mereka ini sememangnya betul-betul mahu menaiki pesawat atau mungkin agen risikan dari luar seperti MOSSAD, CIA, FBI. FREEMASON dan spesis dengannya. Atau juga pengganas/sendikit/perampas pesawat dan mungkin juga pihak luar yang iri hati dengan Malaysia dan mahu memporak perandakan dan memburuk-burukan negara yang tercinta ini. Selepas berdekad-dekad kita hidup aman dan makmur.
3.Adakah Kapten Zaharie juruterbang MH370 dipilih oleh mereka bagi menjayakan misi mereka, atas sebab pengalaman beliau yang banyak? atau secara tidak sengaja Kapten Zaharie bertugas ketika itu dan bukan dipilih. Kenapa tidak juruterbang yang lain.
4. Kenapa media massa barat beria-ria sangat menyalahkan Kapten Zaharie dalam hal ini. Walaupun tiada bukti kukuh membuktikannya. Beliau dituduh bunuh diri dengan membawa bersama MH370. Kenapa tidak saja orang lain yang dipersalahkan. Siapakah Kapten Zaharie ini, beliau adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Inilah tujuan mereka, memburukan kita orang Melayu yang beragama Islam.
5. Malaysia yang belum pernah berpengalaman menghadapi kejadiaan atau krisis sebegini jadi maklum lah banyak cacat celanya dan akhir menjadi mangsa keadaan. Bagaimana MH370 yang sebesar ini boleh terlepas dari radar negara kita dan negara luar/jiran tanpa dikesan. Kalau dikesan kenapa tidak dimaklumkan kepada kerajaan kita selepas tahu keluar dari negara kita. Adakah MH370 mengelak dari dikesan radar? Atau ada teknologi yang dapat menghalang radar mengesannya.
Sekian saja hari Hambe. Wassalam...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan