Pening urus bil dan perbelanjaan |
Salam sejahtera. Beberapa hari lepas hambe telah pergi pasar malam untuk mencari barangan dapur. Tak ramai yang datang membeli. Riak wajah peniaga yang keruh dan resah kerana ketiadaan pelanggan pada hari ini. Telah buat hambe terfikir apakah puncanya.
Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah. Pasaran harga getah yang rendah buat masa ini dan pokok getah tidak mengeluarkan susu yang banyak menyebabkan para penoreh getah tidak perolehi pendapatan yang banyak. Sebab itu kuasa membeli kurang.Banyak rungutan yang saya dengar di kedai-kedai kopi tentang penurunan harga getah, harga barang mahal la dan macam-macam lagi.
Bagi hambe setiap masalah kewangan ada jalan penyesaian. Di sini hambe hendak kongsi dengan anda semua bagaimana hambe unruskan kewangan dan setiap bulan tiada kesempitan kewangan bahkan boleh menyimpan sedikit.
BAGAIMANA CARANYA?
Pertama sekali kenal pasti perbelanjaan harian dan bulanan anda. Kemudian buat cacatan kesemuanya. Tulis jumlah wang yang digunakan bagi setiap perbelanjaan. Kelaskan dalam jumlah tertinggi dan jumlah yang terkecil. Selesaikan masalah perbelanjaan yang besar, baru yang kecil. Di sini anda akan ketahui segala-galanya.
BAGAIMANA HAMBE BERBELANJA?
Jadi
seorang yang hemah berbelanja tetapi tidak bererti hambe seorang yang
kedekut. Hambe juga tidak boros berbelanja dan menghabiskan wang begitu
sahaja. Hambe bukan pensihat kewangan yang pakar tetapi sekadar
berkongsi pendapat, cadangan, nasihat dan ingin membantu anda. Terserah
dan terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.
Berikut
antara cara-cara mengurangkan perbelanjaan dan selamatkan wang anda.
Anda perlu serius melakukannya dan buang segala tabiat yang hambe
katakan ini."Biar papa asal begaya" tiada dalam kamus hidup hambe.
1. Kurangkan makan dan minum di kedai.
2. Kurangkan membeli barangan makanan dan minuman di kedai.
3. Baca akhbar secara online dan kurangkan beli akhbar.
4. Pakai kereta terpakai.
5. Sewa rumah yang murah, tapi selesa.
6. Didik anak-anak makan di rumah dan kurangkan pembelian snek, ais krim dan gula-gula di kedai.
7. Bayar bil air dan elektrik secara online.
8. Beli dan pakai pakaian bundle
9. Guna elektrik dan air secara berhemah. Ada caranya?
11. Elakkan, kurangkan dan jangan berhutang dan memberi hutang kalau boleh.
12. Jangan pakai astro. Boleh ke? Nak tengok perlawanan bola susah.
13. Kurangkan menggunakan kereta. Banyakkan guna motosikal.
14. Berhenti atau kurangkan merokok.Susah berhenti ada caranya.
15. Beli barang yang betul-betul mustahak.
16. Beli barang dengan harga murah sahaja. Bagaimana caranya?
17. Kurang belanja kawan makan. Nak belanja ada caranya.
18.Susukan anak dengan susu dada. Komitmen kerja. Boleh ker?
19.Kurangkan makan angin.
20.Gunakan perkhidmatan hospital awam sepenuhnya.
21.Tanam sayuran di kawasan rumah.
22.Pakai talian prabayar dan pilih tawaran caj panggilan yang murah.
23.Beli barangan perabot dan elektrik terpakai dari Singapura.
Itu sahaja dapat hambe kongsi setakat ini. Sekiranya ada tambahan hambe tulis lagi.
Nak tau lagi huraiannya.....ikuti dalam penulisan blog hambe ini pada episod akan datang.Insya-Allah hambe akan tulis lagi selagi ada hayat. Wassalam........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan