Salam sejahtera, hambe nak berkongsi sedikit pengalaman yang pernah hambe lalui. Pada masa ketika dahulu, hambe pernah tinggal di rumah flat. Kita semua tahu bahawa rumah flat tiada kawasan bertanah kerana kedudukan rumah yang tinggi bertingkat-tingkat dan sukar untuk bercucuk tanam.
Disebabkan hambe yang minat bercucuk tanam semenjak dari kecil lagi. Hambe telah membina rak kecil dua tingkat yang mampu menampung sebanyak sepuluh bekas. Tapi kalau kamu semua malas nak buat rak, letak saja atas lantai pun boleh. Hambe jadikan tempat sidaian kain sebagai tempat tanaman hambe. Lepas itu, hambe isi tanah dan kemudian tanam pokok yang sering digunakan dalam masakan seperti kunyit, halia, serai dan cili api. Kalau ada lebih, hambe jual la kat jiran-jiran sebelah. Hambe dapat la beberapa ringgit untuk diisi dalam tabung. Selain menjimat kos dapur hambe dapat juga mancari pendapatan sampingan.
Hambe juga pernah bercucuk tananam di belakang rumah apabila berpindah ke rumah teres. Kawasan belakang yang luas memperbanyakan dan mempelbagaikan tanaman hambe.
pokok kunyit |
pokok halia
Saudara saudari pun boleh cuba di rumah. Tanam pokok yang mudah dan cepat untuk tuai hasil. Hambe tidak guna kaeadah hiroponik kerana hambe nak jimat kos, Bekas tanaman pun hambe guna tin-tin yang sudah digunakan seperti susu, milo dan pelbagai lagi.
Sekian dari saya, wasalam.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan