Naffnang Ads

MENABUNG DEMI MASA DEPAN ANAK KITA

Isnin, 7 April 2014

MENJANA PENDAPATAN DENGAN TANAMAN POKOK PISANG


Salam sejahtera, selepas beberapa tahun tinggal di kota raya kuala lumpur. Hambe telah berpindah balik ke kampung halaman di setiu, terengganu. Hambe sendiri yang mengambil keputusan itu. Sebab kehidupan KL banyak cabaran dan dugaan lebih-lebih lagi melibatkan masalah kewangan. Rumah pun mahal-mahal belaka. Hambe tidak mampu nak beli rumah kat sana sebab, hambe seorang sahaja bekerja. Anak pun dah masuk tiga orang, dua orang dah sekolah . Seorang Tahun 1 dan seorang lagi Pra. Seorang lagi baru 2 minggu lepas dah boleh berjalan, Ni belum kira yang dalam perut lagi. Senang cerita tanggungan hambe semakin bertambah.

Jadi sekarang ni hambe tinggal di kampung halaman dengan menyewa rumah. Oklah, kenal tak pokok di atas. Rasa-rasanya kenal belaka pokok tu. Nampak biasa sahaja kan.......itulah pokok yang telah berjasa kepada Hambe sepanjang berada di kampung. Sewaktu berada di kampung, rumah sewa Hambe di kelilingi semak samun. Bila fikir punya fikir, hambe dapat satu ilham yang dianugerahkan oleh-Nya untuk menanam pokok pisang. Sebab apa hambe pilih pokok pisang. ???

Sebabnya banyak perkara yang boleh dimanfaatkan dari pokok pisang. Pertama buahnya, buah pisang ni boleh dimakan begitu sahaja dan dijadikan kuih-muih atau pisang goreng. Lagi daun pisang boleh buat bungkus nasi lemak,lepas tu balut kuih, jantung pula buat sayur atau ulam cicah sambal belacan sedap tu wooo......Yang penting sekali pokok pisang tidak berbuah mengikut musim dan senang dijaga. Kurang atau tak letak baja pun akan terus berbuah.

pisang goreng dan jemput-jemput

Berbalik kepada cerita asal, selepas minta izin tuan rumah maka hambe beli anak pisang yang mendapat permintaan tinggi di kalangan orang kampung dengan kampung sebelah dengan harga RM1 sepokok sebanyak 50 pokok. Lepas hambe tanam la di kawasan rumah selepas cuci dan bersih semua semak samun. Selepas 2 tahun, perr...............dengan modal RM 50. Hambe kira-kira dapat RM 400 dah balik modal. Pada mulanya, Hambe malas pening kepala nak jual buah pisang nie. Jadi Hambe gantung jer depan rumah dengan buat sikat-sikat dalam RM 1 jer. Perr.......sekejap jer habis. Hambe jual murah jer sebab dapat tolong orang lain dalam keadaan barang yang serba mahal nie. Jadi dapat la orang yang kekurangan duit dapat juga rasa pisang.

Lepas tu...bini Hambe nak buat nasi lemak dengan daun pisang pulak jual pagi-pagi depan rumah. Bertambah la rezeki Hambe. Alhamdulillah.

Akhir sekali, Hambe harap coretan Hambe dapat membantu saudara dan saudari. Apa yang Hambe kongsikan ini diharapkan memberi manfaat. Wasalam.......

Tiada ulasan: