Naffnang Ads

MENABUNG DEMI MASA DEPAN ANAK KITA

Rabu, 2 April 2014

14 KAEDAH - PENDAPATAN YANG BOLEH DIJANA DENGAN MODAL YANG KECIL ATAU TANPA MENGGUNAKAN MODAL


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR8lzydHUjzN-lNI1vqKOWnUgqXgPFmn2kx-_KiIQJw7pBfXtHR5w

1. Ambil kursus jahitan dan sekiranya sudah mahir menjahit ambil upah menjahit secara sambilan di rumah. Sekiranya berada di kawasan perumahan ini, buat iklan kecil agar penduduk sekitar nampak dan boleh terus hubungi anda.

2. Ambil upah memotong rumput kawasan rumah dan membersih kawasan rumah seperti mencuci longkang, membuang daun-daun kering, memotong pokok bunga dan mengecat pagar rumah.

3. Ampil upah mengasuh anak-anak orang yang bekerja dan jitan tetangga dan mereka yang terpaksa keluar rumah sebab urusan tertentu tetapi tiada orang yang menjaga anak-anak mereka (babysitter), Mereka tidak mampu mengaji pengasuh. Ini membantu mereka.

4 Ambil upah ambil dan hantar anak-anak jiran tetangga ke sekolah. Ada di kalangan jiran tetangga yang agak sukar mendapatkan khidmat pengangkutan untuk menghantar anak-anak mereka sekolah. Apa lag sekiranya mereka kedua-duanya bekerja. Waktu pagi yang sibuk dan lewat ke tempat kerja memerlukan seseorang menghantar anak mereka. Di samping menghantar anak kita ke sekolah kita boleh ambil upah menghantar anak-anak mereka sekali.

5. Ambil upah beli barangan dapur harian. Ada di kalangan jiran tetangga tidak sempat membeli barangan dapur setiap hari kerana sibuk bekerja.

6. Ambil upah mengemas rumah secara harian. Ada ssesetengah individu yang sibuk serta ketiadaan masa untuk mengemas rumah dan tidak mampu menggaji pembantu rumah amat memerlukan seseorang mengemas rumah.

7. Ambil upah cuci kereta atau mosikal, anda yang lapang masa pada hujung minggu atau tidak bekerja boleh ambil upah cuci di rumah anda sendiri.

8. Ambil upah mengajar di rumah anda dan rumah pelanggan sekiranya ada kemahiran mengajar. Ibu bapa yang tiada kemhiran dan sibuk amat memerlukan seseorang untuk mengajar anak mereka.

9. Ambil upah selesaikan urusan peribadi seseorang seperti membayar roadtax, pos barang, bayar saman atau denda, menghantar barangan ke sesuatu tempat, hantar seseorang ke sesuatu tempat, membuang sampah, menghantar anak jiran hendak temuduga, temani seseorang uruskan persediaan kemasukan ke kolej dan macam-macam lagi yang difikirkan boleh menjana wang.

10. Ambil upah membuat persiapan atau penyediaan makanan dan minuman sesuatu majlis seperti perkahwinan, hari jadi, pertunangan seperti ambil gambar,buat solekan, hias tempat bersanding, bungkus buah tangan dan macam-macam lagi yang anda fikir yang anda mampu lakukan.

11. Ambil upah baiki paip bocor atau tangki tersumbat. Tandas tersumbat, sinki tersumbat, memasang paip baru bagi menukar yang lama.

12. Ambil upah baiki kerosakan kecil pada rumah seperti atap bocor, engsel pintu rosak, kunci pintu rosak dan lain-lain kerosakan yag anda boleh baiki. 

13. Ambil upah di rumah baiki kerosakan barangan elektrik dan servis penghawa dingin dari rumah ke rumah.

14. Ambil upah membaiki kerosakan kecil motosikal seperti tayar mosikal pancit, rantai motosikal putus, menukar minyak enjin dan menukar tayar kereta dan lain-lain lagi yang anda boleh lakukan.

15. Bagi sewa bilik rumah, jika ada kosong. Pilih penyewa yang benar-benar anda sukai sahaja. Sekiranya tinggal berseorangan. Sudah berkeluarga pun boleh, tetapi mestilah bersedia menerima tetamu baru.

Apa yang penting jangan malu dan harus lakukan sedikit usaha iklan untuk diketahui ramai. Insya-Allah
Anda boleh lakukannya. Wasalam.

Tiada ulasan: