Naffnang Ads

MENABUNG DEMI MASA DEPAN ANAK KITA

Jumaat, 28 Mac 2014

PELABURAN INTERNET (HIGH YIELD INVESTMENT)


Salam sejahtera,

Abg Sop ingin menyambung episod lalu, berkenaan pelaburan. Kawan-kawan pejabat Abg Sop ramai juga terlibat sama dengan bende-bende gini dan akhir memakan diri. Sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman bank semata-mata hendak masuk pelaburan sebegini. Yang meyedihkan ada la kawan Abg Sop si Fulan yang bekerja sebagai pembantu am(PA) pun buat pinjaman sebab nak main jugak. Bukan apa, Abg Sop kesian kat dia jer sebab dia dah kawin dan ada anak 2 orang lagi dia seorang sahaja yang bekerja. Ini akan membebankan dia, dah puas Abg Sop beritahu dan nasihat. Tapi tidak makan saman. Orang melayu memang nak kaya cepat, yang dah senang pun nak lagi kaya.Lagi orang melayu ni memang mangsa yang mudah ditipu. Hanya segelintir jer yang agak liat untuk ditipu. Tapi  bila dah 2 atau 3 kali dipujuk mesti cair punya.



Dia orang semua sibuk berbincang tentang "worldshopperlink". Kata dia orang senang dapat duit tak payah kerja susah-susah dan penat-penat. klik-klik mana iklan dalam website tu dapat duit tapi kena bayar pakej mana yang kita mahu. Tak lama kemudian, tip top perkara yang sama berlaku kat Abg Sop dulu. Semua pelaburan internet ni ialah "high yield investment". Nak tau kena rajin seach dalam internet la, tak kan Abg Sop nak cerita semuanyakan.

Kesemua urusan pemindahan wang biasanya dilakukan menggunakan liberty reserve, paypal, bank wire, dan macam-macam lagi bagi menutup jejak akaun pemindahan wang yang dilakukan.

Pelaburan internet boleh disemak melalui http://www.alexa.com/untuk menyiasat lebih lanjut web syarikat yang ingin kita labur. Dan saya dah semak, kebanyakan pelaburan internet banyak didominasi oleh rakyat Malaysia berbanding negara lain. 

Zaman moden ini, internet digunakan medan untuk menipu generasi Y yang tahu menggunakan komputer dan internet. Tapi malangnya, bapa mertua saya sendiri terkena juga, gaji Bilal yang disimpan semala 6 bulan hangus begitu sahaja apabila ada seorang Si Fulan telah memperkenalkan pelaburan internet iaitu "FutureBarrel.com", katanya perniagaan minyak mentah. Inilah tektik kotor kaedah penipuan. Yang tidak boleh tahan, siap Si ulan tu bawa buku log untuk ambil nama dan salinan IC bagi pelabur-pelabur "FutureBarrel.com". Bapa mertua demam satu minggu kerana kerugian.

Senang cerita tak payah main bende-bende begini. Ini adalah nasihat Abg Sop, carilah duit dengan cara atau kaedah lain yang baik lagi halal. Wasalam............