Naffnang Ads

MENABUNG DEMI MASA DEPAN ANAK KITA

Jumaat, 28 Mac 2014

JANGAN BAZIRKAN WANG ANDA DENGAN SKIM-SKIM PELABURAN INTERNET


Salam sejahtera.

Hari ini begitu banyak skim-skim pelaburan haram yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman yang semakin moden ini. Abg Sop pun dah banyak kali tengok kawan-kawan dan saudara sendiri yang dah rugi ribuan atau ratusan ribuan ringgit.

Pada mulanya Abg Sop tak begitu percaya sangat bende-bende ni sehinggalah diri sendiri terkena. Abg Sop main mula-mula sekali BullishTrade. Kisah ini berlaku pada tahun 2013. Pasti ramai yang terkena cuma dia orang buat senyap jer, kerana malu ditahu orang. Memang betul siapa mahu cerita bende-bende pada orang. Nanti mulut orang akan buat cerita ke sana sini, lepas tu siapa yang dapat malu. Baik diam jer, simpan jer dalam hati lagi bagus.

Pada mulanya.....Abg Sop masuk dengan modal pelaburan RM 4000. Pastu lepas agak-agak nak balik modal tambah lagi RM 12000. Lepas tu tip top Bullishtrade buat masalah tidak bayar dan lenyap..........buat pengiraan balik. Kerugian sebanyak RM 3000. Itu lah pengajaran yang Abg Sop dapat.




Bullishtrade ni pandai. Tiap-tiap hari hantar maklumat pasal forex yang dia orang main. Siap dengan graf turun naik. Pastu sesiapa yang masuk joint venture dengan dia orang akan dapat sijil pengesahan keahlian dan jumlah wang pelaburan pulak tu.

Abg Sop memang menyesal gak kerana kerugian wang tetapi yang paling menyesal kerana mengheret sama ahli keluarga yang lain. Adik Abg Sop sahaja kerugian Rm 4000 dan mak Abg Sop pun sama RM 5000 (wang simpanan APF). Ini lah yang memberi kesan mendalam kepada Abg Sop. Macam mak Abg Sop tak de la ambil hati, sebab tiap-tiap bulan Abg Sop bagi duit Rm 200. Tetapi adik Abg Sop makan hati, sebab Abg Sop yang memperkenal bende haram jadah ni kepada dia.

Moral di sebalik kisah ini, jangan kita babit ahli keluarga dalam apa jua yang melibatkan wang. Biarlah diri sendiri menanggungnya.

Insya-Allah, akan ada kisah yang berikutnya.