Amerika Syarikat (AS) akan menghantar dron dasar laut milik Tentera Laut negara itu yang mampu menjelajah sehingga kedalaman hampir 15,000 kaki (4,572 meter) dalam usaha membantu mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Pentagon semalam seperti dilaporkan Reuters.
Pengumuman pengerahan kenderaan dasar laut berkelengkapan sonar dikenali sebagai Bluefin itu dibuat beberapa jam selepas Malaysia mengesahkan pesawat tersebut hilang di Lautan Hindi, lapor agensi berita antarabangsa itu.
dron Bluefin
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita malam tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.
Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia. - 25 Mac, 2014.
SUMBER: http://www.themalaysianinsider.com
Abg Usop tidak percaye sangat dengan US ni sebab dah banyak bunuh orang tidak berdosa terutamanya orang Muslim seluruh dunia.
Abg Usop ucapkan takziah kepada semua keluarga penumpang MH370. Semoga semua ini dilalui oleh mereka dengan tabah.
Cuma kita sahaja yang belum lagi. Semoga tuhan jauhi perkara yang tidak diingini.