Persoalan ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 13-15 Jun 2005 menyatakan bahawa harus bagi pasangan suami isteri menggunakan alat bantuan untuk tujuan melakukan hubungan kelamin dengan syarat peralatan tersebut tidak membawa kemudaratan dan tidak najis. Untuk koleksi hukum dalam islam ini anda boleh download daripada laman web JAKIM di
Hal ini berada pada muka surat 191 pada ebook dan juga buku terbitan JAKIM ini.
Penggunaan Alat Bantuan Seks Adalah Harus Jika Tidak Mendatangkan Kecederaan atau Najis
Dengan kata lain pengunaan alat bantuan seks seperti zakar tiruan dan sebagainya adalah harus dalam perhubungan suami isteri jika ianya tidak mencukupi dengan cara yang biasa. Tetapi jangan sampai melampau-lampau seperti memasukkannya ke dalam dubur dan angota lain sehingga mendatangkan kecederaaan.
Soalan
Isteri saya inginkan kepuasan maksima dalam hubungan suami isteri. Kadangkala saya tidak sampai nak memuaskan beliau kerana saya cepat inzal. Beliau mencadangkan agar saya menggunakan zakar tiruan terlebih dahulu dengan memasukkan ke faraj beliau sehingga beliau dah ready. Kemudian saya akan masukkan zakar saya supaya kami sama-sama dapat klimaks dalam masa yang sama.
Soalan saya, adakah diharuskan melakukan begitu atas kerelaan saya dan isteri saya dan kami rasa puas dalam hubunganJawapan
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat zakar tiruan tersebut tidak mendatangkan mudarat kepada isteri anda dan ia bukanlah sesuatu yang dihukumkan najis.
Keharusan ini berasaskan kepada keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005.
Berikut adalah keputusan fatwa sebagai rujukan anda:
Muzakarah kali ke-69 pada 13-15 Jun 2005 memutuskan bahawa harus bagi pasangan suami isteri menggunakan alat bantuan untuk tujuan melakukan hubungan kelamin dengan syarat peralatan tersebut tidak membawa kemudaratan dan tidak najis.Wallahu ‘alam
Daripada permasalahan ini, pengunaan seperti zakar palsu atau dildo adalah dibenarkan jika alat berkenaan tidak dibuat daripada bahan najis dan pengunaan tidak mendatangkan kecederaan kepada pasangan. Walau bagaimanapun ia adalah haram untuk mereka yang belum berkahwin.
Penggunaan alat bantuan ini adalah untuk menjaga keharmonian rumah tangga dengan menjaga keperluan nafsu pasangan masing-masing. Jika suami tidak mampu, pengunaan alat berkenaan dibolehkan dalam Islam. Pengunaan adalah bersama pasangan masing-masing dan bukan untuk tujuan lain seperti mastubasi sendirian.
3 ulasan:
Sy sbgai pnnwat awam, yg bleyh dktakan dlm sethun tu, ad pnugasan yg trpksa tggalkn istri smpai 3 bln, jika istri tidak tahan, boleh ka dy menggunakn alat bantuan seks?
Tidak boleh kerana melakukannya sendiri
Bagaimana semasa seks memasukkan dildo atau zakar tiruan kedalam dubur isteri? Adakah dibolehkan?
Catat Ulasan