Salam sejahtera, hambe memohon maaf sekiranya tajuk ini menggangu tuan/puan. Ini adalah pendapat hambe dan tidak semestinya pembaca menyokong atau tidak.
Malaysia hari ini sentiasa dalam keadaan perang politik yang tidak habis-habis dan putus-putus tanpa kesudahannya. Semua wakil rakyat berjanji ingin membela dan membantu rakyat. Tanyalah mana-mana ahli politik serta wakil rakyat dan pasti ini jawapannya sama. Adakah kita sebagai rakyat benar-benar dibela?
Pembaca fikir la sendiri. Beberapa tahun yang lepas ramai di kalangan pemimpin kerajaan yang menyalahkan rakyat dalam apa-apa jua isu berkaitan. Contohnya minyak masak, bila berlaku kekurangan minyak masak, rakyat disuruh kurangkan penggunaan minyak masak. Bila barang naik harga disuruh pula berbelanja berhemah dan berjimat cermat. Minyak petrol naik, disuruh pula kongsi kenderaan dan guna perkhidmatan pengangkutan awam dan macam-macam lagi.
Amboi sedap sungguh kata-kata dari mulut-mulut mereka ini. Sedarkah mereka siapa yang undi mereka selama ini sehingga berada di atas dan kedudukan mereka sekarang.
Hambe undi parti yang memerintah kerajaan yang bukan setakat berjanji tapi tunaikan janji. Minyak mahal, fikirlah nak bagi kurangkan harga. Apa guna dipilih memerintah negara, apabila rakyat jualah dipersalahkan. Sekiranya tidak mampu, turun bagi orang yang mampu. Jangan bazirkan undi rakyat.
Terus terang hambe katakan. Hambe mengundi sesuatu parti untuk perintah negara supaya menyenangkan hambe. Bukan menyusahkan hambe. Kalau dah menyusahkan, tiada guna hambe undi parti deme.
rumah MB |
rumah MB |
Lagi rumah MB |
Hambe rasa hidup hambe bukan mewah mana pun makan nasi lauk ikan kembung, tonggkol, selayang, jaket dan lain-lain lagi ikan rakyat. Nak makan ikan mahal macam jenahak, kerapu, bawal, merah dan spesis yang mahal. Hambe tidak mampu. Lagi ayam, daging jarang sekali beli. Tapi alhamdulilah.....syukur.
Tapi hambe lihat orang-orang politik ni kaya raya belake. Tak kisah la sebelum terlibat politik ni dah kaya atau kaya ketika dalam politik. Yang penting ingat orang bawahan yang sentiasa hidup dalam duk kira-kira pendapatan cukup atau tidak berbelanja sehingga akhir bulan. Sedihnya, hutang keliling pinggan. Nasib rakyat, yang kaya terus jadi kaya. Yang miskin terus hidup dalam kemiskinan.
Rumah rakyat |
Lagi rumah rakyat |
Bagi hambe,biar la deme semua ni Dato,Tan Sri, Tun, YB atau apa saja yang dipanggil. Hambe tidak segan dengan deme. Sebab deme kerja untuk rakyat bukan bos untuk rakyat. Rakyat berhak pilih siapa yang boleh bekerja untuk mereka. Kalau dah pekerja hidup senang lenang hasil keringat dari rakyat. Ini dah lawan tauke la..........apa macam betul tak. Sepatutnya rakyat hidup senang dari penat lelah dan keringat dari pekerja-pekerja mereka ini. Kenapa kita mesti rasa takut dan hormat gila-gila pada mereka. Ingat mereka adalah pekerja kita(rakyat). Sebab kita pilih mereka. Mereka ikut arahan kita, bukan kita ikut arahan mereka.
Akhir sekali, kepada wakil rakyat jangan terlalu kejarkan kemewahan, pangkat, darjat dan nama. Tetapi kejarlah cita-cita untuk membela rakyat melebihi kemahuan nafsu sendiri. Wassalam...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan